KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 11/2010

22 Oktober 2010 Jumaat - 24 Oktober 2010 Ahad, Kursus Asas Pertahanan Awam siri 11/2010 iaitu siri terakhir pada tahun 2010 diadakan bertempat di Uum Sintok. Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini melibatkan seramai 227 orang, 211 dari Politeknik Syed Sirajuddin dan 16 peserta orang awam. Seperti kursus yang lepas mereka hanya mempunyai masa yang singkat untuk dilatih dengan silibus asas Pertahanan Awam.









KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 10/2010

Kursus Asas Pertahanan Awam siri 10/2010 melibatkan majoriti pelajar Politeknik Syed Sirajuddin. Tiga siri berturut-turut melibatkan pelajar politeknik. Kusus kali ini melibatkan peserta seramai 256 orang termasuk orang awam seramai 24 orang. Walaupun dalam kuantiti yang banyak, kursus ini tetap berjalan dengan lancar. Uum Sintok menjadi tapak perkampungan mereka selama tiga hari. Jadual yang padat selama tiga hari memantapkan lagi mental peserta-peserta dan menjadikan hasil yang berkualiti dari segi tenaga kerja.
Kursus ini bermula pada 15/10/2010 dan berakhir pada 17/10/2010 Ahad. Kawad kaki, CPR, pertolongan cemas, ikatan simpulan dan pelbagai lagi silibis asas tetap menjadi teraju utama untuk menjadikan peserta sebagai anggota Pertahanan Awam yang bertanggung jawab dan mantap. Siri 11 akan datang pada minggu hadapan.









KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 9/2010

Kursus Asas Pertahanan Awam Siri 9/2010 melibatkan penyertaan seramai 264 orang iaitu penyertaan paling ramai. Penyertaan orang awam seramai 34 orang dan pelajar politeknik pula seramai 232 orang. Walaupun jumlah ini telalu ramai, dengan penglibatan urusetia yang ramai dari anggota politeknik dan JPAM Perlis dapat menangani masalah yang timbul. Dalam Jangka masa tiga hari,semua silibus asas Pertahanan Awam dapat diselesaikan dengan adanya jurulatih yang penuh komitmen dari JPAM Perlis.
Penggunaan alat bantuan mengajar seperti sound sistem dan projektor sedikit sebanyak dapat membantu jurulatih menyampaikan silibus pelajaran walaupun dalam jumlah peserta yang besar. Kursus ini berlangsung dari 8 Oktober hingga 10 oktober iaitu 3 hari 2 malam. Walaupun peserta terdiri dari politeknik dan orang awam, mereka dapat bekerjasama dalam satu kumpulan.