SIRI 1/2012



KANGAR, PERLIS Pada bulan Januari yang lepas Pusat Pertahanan Awam Perlis (PUSPA) telah mengadakan sesi Kursus Asas Pertahanan Awam siri 1/2012. Kursus asas tersebut telah dihadiri seramai 107 orang. Pelatih-pelatih yang terlibat di dalam kursus asas siri 1/2012 terdiri daripada KOR SISPA JPAM Universiti Teknologi Mara Arau (UiTM) semester 2. Pada 27 Januari 2012 peserta kursus asas mula melapor diri di PUSPA. Peserta-peserta kursus tersebut telah di dedahkan dengan beberapa matapelajaran asas pertahanan awam. Di antara pelajaran tersebut ialah Pengenalan Pertahanan Awam, CPR & Tercekik, Asas Prtolongan Cemas, Asas Melawan Kebakaran, Kawad Kaki, Ikatan dan Simpulan serta Asas Penyelamat. Kursus tersebut telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 27 Januari sehingga 29 Januari 2012. Kem komandan kursus asas kali ini telah di ketuai oleh LT. (PA) Mohd Khairul Sobri Bin Abd Rahim dan di bantu oleh Timbalan Kem Komandan SM (PA) Mohamad Shaid Bin Elias serta di bantu oleh beberapa orang pegawai latihan, ketua jurulatih, jurulatih dan urusetia-urusetia yang lain untuk memastikan kursus asas kali ini berjalan dengan lancar. Pada 28 Januari 2012 semasa kursus asas sedang berlansung, 2 orang wakil media dari pihak RTM telah datang untuk untuk membuat tinjauan dan rakaman mengenai Kursus Asas Pertahanan Awam. Pada hari terakhir kursus tersebut iaitu 29 Januari 2012 pelatih-pelatih tersebut telah di beri ujian mengenai pelajaran dan menguji pengetahuan yang telah diajar semasa kursus berlangsung. Pada sebelah petang hari tersebut majlis upacara penutup kursus asas siri 1/2012 telah di rasmikan oleh MEJ. (PA) Ishak Bin Mohd Radzi. Di samping majlis penutup kursus asas tersebut, diisi dengan upacara penyerahan sijil Kursus Asas, anugerah khas kepada kumpulan, hadiah untuk peserta akademik terbaik, peserta kawad kaki terbaik, dan peserta terbaik keseluruhan.

KURSUS ASAS SIRI 5/ 2011

11 Mac - 13 Mac 2011 - Kursus asas pertahanan awam telah diadakan di Gua Kerbau, Kodiang Kedah. Kursus pada kali ini melibatkan pelajar UNIMAP,UiTM dan orang awam. Seramai 20 orang pelajar UNIMAP, 41 orang pelajar UiTM dan 11 orang awam. Segala aktiviti dan ilmu berkaitan pertahanan awam telah didedahkan kepada semua peserta.

KURSUS ASAS SIRI 2/2011

Kursus asas siri 2 bertempat di Tasoh Lake Resort. Peserta seramai 67 orang telah menghadiri kursus ini. Peserta diajar mengenai prinsip2 seorang anggota pertolongan cemas dan ilmu yang perlu ada pada setiap anggota. Kursus ini bermula pada 11-12 Febuari 2011. Peserta terdiri daripada pelajar IKBN dan orang awam.







KURSUS ASAS SIRI 3/ 2011




Seramai 88 peserta telah menghadiri kursus pada kali ini. Peserta kursus terdiri daripada pelajar tingkatan enam SMK Syed Alwi, Pelajar Kolej Professional dan orang awam. Kursus ini diadakan di Kem UUM Sintok Kedah. Setiap peserta didedahkan setiap ilmu wajib bagi seorang anggota JPAM.
Segala rintangan dan cabaran telah selamat dan sempurna dilalui setiap peserta dengan jayanya.


KURSUS ASAS SIRI 1/ 2011


Kursus Asas Siri 1/2011 telah diadakan di Tapak Perkhemahan UUM, Sintok.Kedah pada 28/01/2011 - 30/01/2011.

Kursus ini telah disertai seramai 58 orang. Para peserta terdiri dari kalangan orang awam dan pelajar Institut Perguruan Perlis.

Setiap peserta telah didedahkan oleh jurulatih dengan teori dan teknik asas dalam pertolongan cemas, melawan kebakaran, balutan, ikatan tali, usungan dan halangan, kawad kaki, latihan fizikal dan kemasukan anggota sukarelawan.









KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 11/2010

22 Oktober 2010 Jumaat - 24 Oktober 2010 Ahad, Kursus Asas Pertahanan Awam siri 11/2010 iaitu siri terakhir pada tahun 2010 diadakan bertempat di Uum Sintok. Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini melibatkan seramai 227 orang, 211 dari Politeknik Syed Sirajuddin dan 16 peserta orang awam. Seperti kursus yang lepas mereka hanya mempunyai masa yang singkat untuk dilatih dengan silibus asas Pertahanan Awam.