SIRI 1/2012



KANGAR, PERLIS Pada bulan Januari yang lepas Pusat Pertahanan Awam Perlis (PUSPA) telah mengadakan sesi Kursus Asas Pertahanan Awam siri 1/2012. Kursus asas tersebut telah dihadiri seramai 107 orang. Pelatih-pelatih yang terlibat di dalam kursus asas siri 1/2012 terdiri daripada KOR SISPA JPAM Universiti Teknologi Mara Arau (UiTM) semester 2. Pada 27 Januari 2012 peserta kursus asas mula melapor diri di PUSPA. Peserta-peserta kursus tersebut telah di dedahkan dengan beberapa matapelajaran asas pertahanan awam. Di antara pelajaran tersebut ialah Pengenalan Pertahanan Awam, CPR & Tercekik, Asas Prtolongan Cemas, Asas Melawan Kebakaran, Kawad Kaki, Ikatan dan Simpulan serta Asas Penyelamat. Kursus tersebut telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 27 Januari sehingga 29 Januari 2012. Kem komandan kursus asas kali ini telah di ketuai oleh LT. (PA) Mohd Khairul Sobri Bin Abd Rahim dan di bantu oleh Timbalan Kem Komandan SM (PA) Mohamad Shaid Bin Elias serta di bantu oleh beberapa orang pegawai latihan, ketua jurulatih, jurulatih dan urusetia-urusetia yang lain untuk memastikan kursus asas kali ini berjalan dengan lancar. Pada 28 Januari 2012 semasa kursus asas sedang berlansung, 2 orang wakil media dari pihak RTM telah datang untuk untuk membuat tinjauan dan rakaman mengenai Kursus Asas Pertahanan Awam. Pada hari terakhir kursus tersebut iaitu 29 Januari 2012 pelatih-pelatih tersebut telah di beri ujian mengenai pelajaran dan menguji pengetahuan yang telah diajar semasa kursus berlangsung. Pada sebelah petang hari tersebut majlis upacara penutup kursus asas siri 1/2012 telah di rasmikan oleh MEJ. (PA) Ishak Bin Mohd Radzi. Di samping majlis penutup kursus asas tersebut, diisi dengan upacara penyerahan sijil Kursus Asas, anugerah khas kepada kumpulan, hadiah untuk peserta akademik terbaik, peserta kawad kaki terbaik, dan peserta terbaik keseluruhan.