KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 7/2010

Kursus Asas Pertahanan Awam Negeri Perlis kali ini diadakan di Gua Kerbau Kodiang Kedah pada 16 Julai – 18 Julai. 129 orang peserta terlibat untuk kursus kali ini. Peserta yang terlibat adalah dari UITM Arau Perlis.66 peserta perempuan dan 63 peserta lelaki hanya mempunyai masa tiga hari sahaja untuk menjalani latihan asas Pertahanan Awam. Walaupun jangka masa yang singkat, jurulatih – jurulatih yang terlibat tetap memberi komitmen yang tinggi untuk melatih mereka.

Seperti biasa silibus asas di ajar kepada mereka dalam jangka masa yang terhad. Kawasan berbukit untuk jalani latihan adalah sesuati yang amat mencabar untuk mereka. Walaupun selama 3 hari mereka menjalani latihan, kredit 48 jam tetap diutamakan untuk silibus kursus asas.