KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 7/2010

Kursus Asas Pertahanan Awam Negeri Perlis kali ini diadakan di Gua Kerbau Kodiang Kedah pada 16 Julai – 18 Julai. 129 orang peserta terlibat untuk kursus kali ini. Peserta yang terlibat adalah dari UITM Arau Perlis.66 peserta perempuan dan 63 peserta lelaki hanya mempunyai masa tiga hari sahaja untuk menjalani latihan asas Pertahanan Awam. Walaupun jangka masa yang singkat, jurulatih – jurulatih yang terlibat tetap memberi komitmen yang tinggi untuk melatih mereka.

Seperti biasa silibus asas di ajar kepada mereka dalam jangka masa yang terhad. Kawasan berbukit untuk jalani latihan adalah sesuati yang amat mencabar untuk mereka. Walaupun selama 3 hari mereka menjalani latihan, kredit 48 jam tetap diutamakan untuk silibus kursus asas.

















KURSUS ASAS SIRI 6/2010

Lima hari berlangsungnya Kursus Asas Pertahanan Awam siri 6 pada tahun ini yang melibatkan peserta seramai 28 orang. 21 orang peserta lelaki dan selebihnya adalah peserta perampuan. Kem Hujan-Hujan Gua Kelam Perlis merupakan tempat yang strategik untuk latihan asas Pertahanan Awam dan sekali lagi menjadi perkampungan kursus ini. Kursus ini 100% penglibatan dari orang awam. 18 Jun – 22 Jun amat lah bermakna bagi peserta kerana silibus pelajaran menyelamat asas yang padat dan usaha gigih yang diberikan oleh jurulatih dilaksanakan dengan penuh komitmen.


Bukan sahaja ilmu menyelamat asas dapat dipelajari oleh peserta, malah elaun dibayar dalam jangka masa lima hari kursus. Antara pelajaran yang diberikan ialah, kawad kaki asas, melawan kebakaran asas, ikatan dan simpulan, pertolongan cemas, menyelamat kecemasan, dan juga pengurusan bencana.