KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 10/2010

Kursus Asas Pertahanan Awam siri 10/2010 melibatkan majoriti pelajar Politeknik Syed Sirajuddin. Tiga siri berturut-turut melibatkan pelajar politeknik. Kusus kali ini melibatkan peserta seramai 256 orang termasuk orang awam seramai 24 orang. Walaupun dalam kuantiti yang banyak, kursus ini tetap berjalan dengan lancar. Uum Sintok menjadi tapak perkampungan mereka selama tiga hari. Jadual yang padat selama tiga hari memantapkan lagi mental peserta-peserta dan menjadikan hasil yang berkualiti dari segi tenaga kerja.
Kursus ini bermula pada 15/10/2010 dan berakhir pada 17/10/2010 Ahad. Kawad kaki, CPR, pertolongan cemas, ikatan simpulan dan pelbagai lagi silibis asas tetap menjadi teraju utama untuk menjadikan peserta sebagai anggota Pertahanan Awam yang bertanggung jawab dan mantap. Siri 11 akan datang pada minggu hadapan.









KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 9/2010

Kursus Asas Pertahanan Awam Siri 9/2010 melibatkan penyertaan seramai 264 orang iaitu penyertaan paling ramai. Penyertaan orang awam seramai 34 orang dan pelajar politeknik pula seramai 232 orang. Walaupun jumlah ini telalu ramai, dengan penglibatan urusetia yang ramai dari anggota politeknik dan JPAM Perlis dapat menangani masalah yang timbul. Dalam Jangka masa tiga hari,semua silibus asas Pertahanan Awam dapat diselesaikan dengan adanya jurulatih yang penuh komitmen dari JPAM Perlis.
Penggunaan alat bantuan mengajar seperti sound sistem dan projektor sedikit sebanyak dapat membantu jurulatih menyampaikan silibus pelajaran walaupun dalam jumlah peserta yang besar. Kursus ini berlangsung dari 8 Oktober hingga 10 oktober iaitu 3 hari 2 malam. Walaupun peserta terdiri dari politeknik dan orang awam, mereka dapat bekerjasama dalam satu kumpulan.









KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 8/2010

Kursus kali ini melibatkan penyertaan seramai 212 orang dari Politeknik Syed Sirajuddin dan IKBN Kuala Perlis. Seperti siri lepas, 3 hari sahaja masa yang di perlukan untuk layak digelar anggota JPAM. Walaupun masa tiga hari adalah amat singkat untuk selesaikan semua silibus asas, dengan kerjasama jurulatih dan pelatih yang diberikan ianya dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Peserta dari politeknik seramai 174 orang, 79 orang lelaki dan 95 perempuan. Selebihnya dari IKBN Kuala Perlis iaitu 19 orang lelaki dan 10 orang perempuan. Walaupun dari institusi pengajian yang berlainan, mereka dapat bekerjasama dalam satu pasukan.
Politeknik Syed Sirajuddin menjadi tapak perkemahan untuk kursus asas ini selama tiga hari. Kerjasama dari pihak politeknik begitu memuaskan dan tempat yang digunakan untuk jalani latihan asas ini adalah amat dihargai.