KURSUS ASAS SIRI 5/2010

Seramai 36 anggota baru dilantik bagi memantapkan pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di negeri Perlis pada 27 April 2010. Pelatih dengan jayanya menamatkan kursus asas Pertahanan Awam dalam tempoh lima hari. Kursus ini melibatkan peserta seramai 36 orang, iaitu 28 orang awan dan tambahan 8 pelajar politeknik. “Walau apa cara sekalipun, setiap daripada mereka perlu menduduki ujian sebelum layak untuk memegang kad kuasa anggota Pertahanan Awam,”


Pemangku pengarah Pertahanan Awam Perlis, Leftenan (PA) Marzuki Jamil turut hadir untuk merasmikan majlis penutup untuk kursus asas Pertahanan Awam siri 5/2010 yang bermula pada 23 April hingga 27 April. Seperti biasa, kursus ini bertempat di Kem Hujan-Hujan Gua Kelam Perlis.