KURSUS ASAS SIRI 4/2010

Tamatnya kursus Asas Pertahanan Awam siri 3/2010, peserta-peserta untuk kursus Asas Pertahanan siri 4/2010 tiba untuk menjalani latihan asas selama lima hari pada 21 Mac 2010. Peserta untuk siri ke 4 iatu melibatkan seramai 31 orang, 18 orang lelaki dan 13 orang perempuan iaitu 100% penglibatan orang awam. Walaupun tiada IPTA yang telibat, semangat mereka tetap kental untuk harungi pelbagai latihan yang telah diaturkan oleh jurulatih.

Seperti biasa jurulatih dengan penuh berintergriti mengajar kawad kaki asas,ikatan dan simpulan, melawan kebakaran asas, pengurusan bencana, pertolongan cemas, dan menyelamat kecemasan.