KURSUS ASAS SIRI 5/2010

Seramai 36 anggota baru dilantik bagi memantapkan pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di negeri Perlis pada 27 April 2010. Pelatih dengan jayanya menamatkan kursus asas Pertahanan Awam dalam tempoh lima hari. Kursus ini melibatkan peserta seramai 36 orang, iaitu 28 orang awan dan tambahan 8 pelajar politeknik. “Walau apa cara sekalipun, setiap daripada mereka perlu menduduki ujian sebelum layak untuk memegang kad kuasa anggota Pertahanan Awam,”


Pemangku pengarah Pertahanan Awam Perlis, Leftenan (PA) Marzuki Jamil turut hadir untuk merasmikan majlis penutup untuk kursus asas Pertahanan Awam siri 5/2010 yang bermula pada 23 April hingga 27 April. Seperti biasa, kursus ini bertempat di Kem Hujan-Hujan Gua Kelam Perlis.
















KURSUS ASAS SIRI 4/2010

Tamatnya kursus Asas Pertahanan Awam siri 3/2010, peserta-peserta untuk kursus Asas Pertahanan siri 4/2010 tiba untuk menjalani latihan asas selama lima hari pada 21 Mac 2010. Peserta untuk siri ke 4 iatu melibatkan seramai 31 orang, 18 orang lelaki dan 13 orang perempuan iaitu 100% penglibatan orang awam. Walaupun tiada IPTA yang telibat, semangat mereka tetap kental untuk harungi pelbagai latihan yang telah diaturkan oleh jurulatih.

Seperti biasa jurulatih dengan penuh berintergriti mengajar kawad kaki asas,ikatan dan simpulan, melawan kebakaran asas, pengurusan bencana, pertolongan cemas, dan menyelamat kecemasan.

















KURSUS ASAS SIRI 3/2010

Mac 17– Kem Hujan-Hujan Gua Kela Perlis sekali lagi telah mengadakan Kusrus asas Pertahanan Awam siri yang ke 3/2010 yang melibatkan 55 peserta dari IKBN, Politeknik. Kursus ini dijalankan hingga 11/02/2010 iaitu 5 hari.

Jurulatih yang telibat menamatkan latihan kawad kaki asas, melawan kebakaran asas, ikatan dan simpulan, pertolongan cemas, menyelamat kecemasan, dan juga pengurusan bencana. Dengan adanya latihan tersebut, anggota Prtahanan Aam mempunyai asas menyelamat untuk membantu orang ramai. Untuk menjadi penyelamat yang lebih berjaya, peserta-peserta haruslah melanjutkan pelajaran dengan menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh pusat-pusat latihan Pertahanan Awam di seluruh Malaysia.